Nehemia 5:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beberapa lama kemudian banyak orang Yahudi, baik lelaki mahupun perempuan, mula bersungut terhadap sesama bangsa Yahudi.

2. Ada orang yang berkata, “Keluarga kami besar, dan kami memerlukan gandum untuk hidup.”

3. Ada orang lain yang berkata, “Kami terpaksa menggadaikan ladang, kebun anggur, dan rumah kami untuk membeli gandum supaya kami tidak kelaparan.”

4. Ada lagi orang lain yang berkata, “Kami terpaksa meminjam wang untuk membayar cukai kerajaan bagi ladang dan kebun anggur kami.

Nehemia 5