5. Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia.
6. Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja membina semula Pintu Gerbang Yesyana. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.
7. Melaca dari Gibeon, Yadon dari Meronot, dan orang Gibeon serta orang Mizpa membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke istana gabenor Efrat Barat.
8. Uziel anak Harhaya, seorang tukang emas membina bahagian tembok yang selanjutnya.Hananya, seorang pembuat minyak wangi, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke Tembok Lebar.
9. Refaya anak Hur, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya.
10. Yedaya anak Harumaf membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang berdekatan dengan rumahnya sendiri.Hatus anak Hasabneya membina bahagian tembok yang selanjutnya.
11. Malkia anak Harim, dan Hasub anak Pahat-Moab membina bahagian tembok yang selanjutnya, dan juga Menara Perapian.
12. Salum anak Halohes, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Dia dibantu oleh anak-anak perempuannya dalam pembinaan itu.
13. Hanun dan penduduk Zanoah membina semula Pintu Gerbang Lembah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Mereka juga membaiki tembok sepanjang 440 meter sampai ke Pintu Gerbang Sampah.
14. Malkia anak Rekhab, penguasa daerah Bet-Kerem membina semula Pintu Gerbang Sampah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.
15. Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.
16. Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.
17. Beberapa bahagian tembok yang berikut diperbaiki oleh orang Lewi dalam urutan ini:Rehum anak Bani membina bahagian tembok yang selanjutnya;Hasabya, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya, bagi pihak daerahnya;
18. Binui anak Henadad, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya;