Nehemia 3:14-24 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Malkia anak Rekhab, penguasa daerah Bet-Kerem membina semula Pintu Gerbang Sampah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

15. Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.

16. Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar.

17. Beberapa bahagian tembok yang berikut diperbaiki oleh orang Lewi dalam urutan ini:Rehum anak Bani membina bahagian tembok yang selanjutnya;Hasabya, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya, bagi pihak daerahnya;

18. Binui anak Henadad, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya;

19. Ezer anak Yesua, penguasa Mizpa, membina bahagian tembok yang selanjutnya, di hadapan gudang senjata sampai ke tempat tembok membelok;

20. Barukh anak Zabai membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke pintu rumah Imam Agung Elyasib;

21. Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke hujung rumah Elyasib.

22. Beberapa bahagian tembok berikutnya diperbaiki oleh para imam dalam urutan ini:Imam-imam yang tinggal di sekitar Yerusalem membina bahagian tembok yang selanjutnya;

23. Benyamin dan Hasub membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumah mereka;Azarya anak Maaseya, iaitu cucu Ananya, membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di depan rumahnya;

24. Binui anak Henadad membina bahagian tembok yang selanjutnya, dari rumah Azarya sampai ke sudut tembok;

Nehemia 3