1. Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.
2. Orang Yerikho membina bahagian tembok yang selanjutnya.Zakur anak Imri membina bahagian tembok yang selanjutnya.
3. Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.
4. Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya.Mesulam anak Berekhya, iaitu cucu Mesezabeel, membina bahagian tembok yang selanjutnya.Zadok anak Baana membina bahagian tembok yang selanjutnya.
5. Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia.
6. Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja membina semula Pintu Gerbang Yesyana. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.
25-26. Palal anak Uzai membina bahagian tembok yang selanjutnya, bermula dari sudut tembok dan menara istana bahagian atas, dekat halaman penjaga;Pedaya anak Paros membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke suatu tempat di hadapan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, dan menara penjagaan Rumah TUHAN. (Tidak jauh dari situ ada kawasan yang bernama Ofel, tempat tinggal para pekerja Rumah TUHAN.)