Nehemia 3:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel.

2. Orang Yerikho membina bahagian tembok yang selanjutnya.Zakur anak Imri membina bahagian tembok yang selanjutnya.

3. Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

4. Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya.Mesulam anak Berekhya, iaitu cucu Mesezabeel, membina bahagian tembok yang selanjutnya.Zadok anak Baana membina bahagian tembok yang selanjutnya.

5. Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia.

6. Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja membina semula Pintu Gerbang Yesyana. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang.

7. Melaca dari Gibeon, Yadon dari Meronot, dan orang Gibeon serta orang Mizpa membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke istana gabenor Efrat Barat.

8. Uziel anak Harhaya, seorang tukang emas membina bahagian tembok yang selanjutnya.Hananya, seorang pembuat minyak wangi, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke Tembok Lebar.

9. Refaya anak Hur, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya.

10. Yedaya anak Harumaf membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang berdekatan dengan rumahnya sendiri.Hatus anak Hasabneya membina bahagian tembok yang selanjutnya.

Nehemia 3