15. Oleh itu aku turun ke Lembah Kidron dan meneruskan perjalanan, sambil memeriksa tembok kota. Setelah itu aku kembali ke kota mengikut jalan yang sama, yang melalui Pintu Gerbang Lembah.
16. Tidak ada seorang pun pegawai tempatan tahu ke mana aku telah pergi dan apa yang aku lakukan. Setakat itu aku belum memberitahu sesiapa pun di kalangan sesama orang Yahudi, baik para imam, pemimpin, pegawai, atau sesiapa sahaja yang akan ikut membina semula kota Yerusalem.
17. Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”
18. Kemudian aku menceritakan bagaimana Allah menyertai dan menolong aku, dan apa yang sudah dikatakan oleh raja kepadaku.Mereka menjawab, “Marilah kita mula membinanya!” Kemudian mereka bersiap untuk memulakan pekerjaan itu.