Nehemia 11:5-24 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Maaseya anak Barukh, cucu Kolhoze. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Hazaya, Adaya, Yoyarib, dan Zakharia, iaitu keturunan Syela, anak lelaki Yehuda.

6. Sejumlah 468 orang gagah perkasa daripada keturunan Peres, tinggal di Yerusalem.

7. Daripada suku Benyamin:Salu anak Mesulam, cucu Yoed. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Pedaya, Kolaya, Maaseya, Itiel, dan Yesaya.

8. Gabai dan Salai; mereka saudara dekat Salu.Semuanya berjumlah 928 orang daripada suku Benyamin yang tinggal di Yerusalem.

9. Mereka dipimpin oleh Yoel anak Zikhri dan oleh wakilnya, Yehuda anak Hasenua.

10. Daripada para imam:Yedaya anak Yoyarib dan Yakhin.

11. Seraya anak Hilkia, cucu Mesulam. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Zadok, Merayot, dan Ahitub yang menjadi Imam Agung.

12. Semuanya berjumlah 822 orang imam yang bertugas di Rumah TUHAN.Adaya anak Yeroham, cucu Pelalya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Amzi, Zakharia, Pasyhur, dan Malkia.

13. Semuanya berjumlah 242 orang yang menjadi ketua keluarga daripada puak ini.Amasai anak Asareel, cucu Ahzai. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Mesilemot dan Imer.

14. Daripada puak ini ada 128 orang askar yang gagah perkasa. Pemimpin mereka ialah Zabdiel anak Gedolim.

15. Daripada orang Lewi:Semaya anak Hasub, cucu Azrikam. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Hasabya dan Buni.

16. Sabetai dan Yozabad, dua orang Lewi kenamaan yang mengawasi pekerjaan di luar Rumah TUHAN.

17. Matanya anak Mikha, cucu Zabdi, keturunan Asaf. Dialah pemimpin para penyanyi di Rumah TUHAN apabila menyanyikan doa kesyukuran.Bakbukya, iaitu wakil Matanya.Abda anak Samua, cucu Galal, dan keturunan Yedutun.

18. Semuanya berjumlah 284 orang Lewi yang tinggal di Yerusalem, kota suci itu.

19. Daripada pengawal Rumah TUHAN:Akub, Talmon, dan rakan-rakan mereka sebanyak 172 orang.

20. Rakyat Israel, para imam, dan orang Lewi yang selebihnya tinggal di tanah mereka sendiri di kota-kota dan pekan-pekan di Yehuda.

21. Para pekerja di Rumah TUHAN tinggal di kawasan kota Yerusalem yang disebut Ofel. Mereka bekerja di bawah pengawasan Ziha dan Gispa.

22. Pengawas orang Lewi yang tinggal di Yerusalem ialah Uzi anak Bani, cucu Hasabya. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Matanya dan Mikha daripada puak Asaf, iaitu puak yang bertanggungjawab mengurus muzik pada masa ibadat di Rumah TUHAN.

23. Peraturan diraja menentukan giliran puak yang mengurus muzik di Rumah TUHAN pada tiap-tiap hari.

24. Petahya anak Mesezabeel daripada puak Zera dalam suku Yehuda, menjadi wakil bangsa Israel di istana raja Persia.

Nehemia 11