Nehemia 11:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.

2. Rakyat memuji orang di kalangan mereka yang rela tinggal di Yerusalem.

3. Di pekan-pekan dan kota-kota lain, rakyat Israel, para imam, orang Lewi, para pekerja Rumah TUHAN, dan keturunan hamba-hamba Salomo tinggal di kota dan di tanah masing-masing.Berikut adalah senarai nama orang kenamaan dari wilayah Yehuda yang tinggal di Yerusalem:

4. Daripada suku Yehuda:Ataya anak Uzia, iaitu cucu Zakharia. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Amarya, Sefaca, dan Mahalaleel, iaitu keturunan Peres, anak lelaki Yehuda.

5. Maaseya anak Barukh, cucu Kolhoze. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Hazaya, Adaya, Yoyarib, dan Zakharia, iaitu keturunan Syela, anak lelaki Yehuda.

6. Sejumlah 468 orang gagah perkasa daripada keturunan Peres, tinggal di Yerusalem.

7. Daripada suku Benyamin:Salu anak Mesulam, cucu Yoed. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Pedaya, Kolaya, Maaseya, Itiel, dan Yesaya.

8. Gabai dan Salai; mereka saudara dekat Salu.Semuanya berjumlah 928 orang daripada suku Benyamin yang tinggal di Yerusalem.

9. Mereka dipimpin oleh Yoel anak Zikhri dan oleh wakilnya, Yehuda anak Hasenua.

10. Daripada para imam:Yedaya anak Yoyarib dan Yakhin.

11. Seraya anak Hilkia, cucu Mesulam. Beberapa orang antara nenek moyangnya ialah Zadok, Merayot, dan Ahitub yang menjadi Imam Agung.

Nehemia 11