Nahum 2:6-12 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Pintu-pintu air di tepi sungai terbuka;maka gemparlah semua orang di istana.

7. Penyerang menangkap permaisuri,dayang-dayangnya mengerang bagai burung merpati,menebah dada kerana sedih hati.

8. Penduduk Niniwe berlari keluar dari kotaseperti air keluar dari empangan yang pecah.Terdengar teriakan, “Berhenti, berhenti!”tetapi tiada seorang pun yang mahu kembali.

9. Rampaslah perak!Rampaslah emas!Kota penuh dengan harta benda!

10. Niniwe sudah musnah, terbiar, dan lengang.Kerana takut, semangat orang hilang;lutut gementar, kehabisan tenaga;semua orang pucat muka.

11. Di manakah kota itu sekarang?Kota yang seperti gua tempat singa bersarang;tempat anak-anak singa diberikan makanan,tempat tujuan singa jantan dan singa betina,tempat yang aman bagi anak-anak singa.

12. Singa menerkam mangsanya,lalu mencabik dagingnyauntuk makanan singa betina dan anaknya.Singa memenuhi guanyadengan cabikan daging mangsanya.

Nahum 2