Nahum 1:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Inilah perkhabaran daripada Allah tentang kota Niniwe. Perkhabaran ini dinyatakan dalam penglihatan kepada Nahum, seorang nabi yang berasal dari Elkos.

2. TUHAN Allah tidak mahu mempunyai saingan;orang yang melawan-Nya pasti mendapat hukuman.Dengan sangat murka,Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya.

3. TUHAN tidak cepat murka,tetapi Dia berkuasa,dan Dia tidak pernah membebaskanorang yang melakukan kesalahan daripada hukuman.Di tempat TUHAN berjalan,muncul puting beliung dan taufan;awan ialah debu daripada kakinya.

4. Atas perintah-Nya, laut menjadi kering;sungai pun dikeringkan.Padang-padang di Basan kersang,Gunung Karmel pun gersang,maka layulah bunga-bunga di Lebanon.

5. Gunung-gunung bergoncang di hadirat TUHAN;bukit-bukit lebur di hadapan-Nya.Bumi bergempa ketika TUHAN tiba;gemparlah dunia dan semua penduduknya.

6. Siapakah yang dapat tahan apabila TUHAN murka?Tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada kemurkaan-Nya.Dia melampiaskan kemurkaan-Nya yang menyala-nyala,sehingga batu hancur dan menjadi debu di hadapan-Nya.

7. TUHAN itu baik;Dia melindungi umat-Nya pada masa mereka susah,Dia menjaga orang yang berlindung kepada-Nya.

Nahum 1