Mikha 7:16-19 Alkitab Berita Baik (BM)

16. Bangsa-bangsa akan nampak hal itu dan berasa malu kerana sedar bahawa kekuatan mereka tidak bererti apa-apa. Mereka akan menutup mulut dan telinga kerana tidak dapat melakukan apa-apa.

17. Mereka akan menjalar di atas debu seperti ular. Mereka akan keluar dari kubu mereka dengan gementar, lalu datang dengan takut kepada-Mu, TUHAN, Allah kami.

18. Ya TUHAN, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat-Mu yang masih hidup. Engkau tidak murka selama-lamanya, tetapi Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami.

19. Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Mikha 7