Mikha 4:9-14 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Mengapakah engkau menangis sekuat itu? Mengapakah engkau kesakitan seperti perempuan yang hendak bersalin? Adakah hal ini disebabkan engkau tidak mempunyai raja, dan para penasihatmu sudah meninggal?

10. Hai penduduk Yerusalem, menggeliatlah dan mengeranglah, seperti perempuan yang sedang bersalin, kerana sekarang kamu terpaksa meninggalkan kota ini dan tinggal di padang. Kamu terpaksa pergi ke Babel, tetapi di sana TUHAN akan menyelamatkan kamu daripada kuasa musuh.

11. Banyak bangsa telah berkumpul untuk menyerang kamu. Mereka berkata, “Yerusalem mesti dimusnahkan! Kami akan melihat kota itu menjadi runtuhan!”

12. Tetapi bangsa-bangsa itu tidak tahu apa rancangan TUHAN. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah dikumpulkan untuk dihukum, sebagaimana gandum dikumpulkan untuk diirik.

13. TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, pergilah menghukum musuh kamu! Aku akan menjadikan kamu sekuat lembu jantan yang bertanduk besi dan berkuku gangsa. Kamu akan memusnahkan banyak bangsa, dan kekayaan mereka yang diperoleh dengan kekejaman akan kamu persembahkan kepada-Ku, Tuhan alam semesta.”

14. Hai penduduk Yerusalem, kumpulkan tenteramu! Kita dikepung! Mereka sedang menyerang pemimpin Israel!

Mikha 4