Mazmur 97:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah!Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!

2. Dia dikelilingi awan dan kegelapan;pemerintahan-Nya berdasarkan hukum dan keadilan.

3. Api mendahului Dia,membakar musuh di sekeliling-Nya.

4. Kilat-Nya menerangi dunia;bumi bergegar melihat cahaya-Nya.

5. Bukit mencair seperti lilin di hadapan TUHAN,di hadapan Tuhan seluruh bumi.

6. Langit mengisytiharkan keadilan-Nya,dan semua bangsa melihat kemuliaan-Nya.

7. Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan,semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.

8. Penduduk Sion bersukacita,dan kota-kota di Yehuda bergembira,kerana keputusan-Mu, ya TUHAN.

9. Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, Engkaulah pemerintah seluruh bumi;Engkau lebih berkuasa daripada semua dewa.

10. TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan;Dia melindungi hidup umat-Nya,dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.

Mazmur 97