Mazmur 94:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Ya TUHAN, Engkaulah Allah yang menghukum orang bersalah;tunjukkanlah kemurkaan-Mu!

2. Engkaulah hakim semua orang;bangkitlah dan balaslah orang sombong, setimpal dengan perbuatan mereka.

3. Berapa lama lagi orang jahat akan bersuka-suka?Berapa lama lagi mereka berbuat begitu, ya TUHAN?

4. Berapa lama lagi penjahat akan bercakap dengan sombong,dan membanggakan kejahatan mereka?

5. Mereka menghancurkan umat-Mu, ya TUHAN;mereka menindas orang yang menjadi milik-Mu.

6. Mereka membunuh balu dan anak yatim,serta orang asing yang tinggal di negeri kami.

7. Mereka berkata, “TUHAN tidak nampak kami;Allah umat Israel tidak melihat perbuatan kami.”

8. Hai umatku, mengapakah kamu begitu bodoh?Bilakah kamu dapat faham?

9. Allah menjadikan telinga - pasti Dia dapat mendengar.Dia menjadikan mata - pasti Dia dapat melihat.

10. Dia yang memarahi bangsa-bangsa - pasti Dia menghukum mereka.Dia guru semua orang - pasti Dia berpengetahuan.

11. TUHAN tahu akan fikiran manusia;Dia tahu bahawa semuanya sia-sia belaka.

Mazmur 94