Mazmur 92:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Ya TUHAN, sungguh besar perbuatan-Mu!Sungguh dalam fikiran-Mu!

7. Orang bodoh tidak dapat mengertinya,orang dungu tidak dapat memahaminya;

8. orang jahat mungkin tumbuh subur seperti rumput,dan orang yang melakukan kejahatan mungkin makmur;namun mereka akan dibinasakan sama sekali,

9. kerana Engkau, ya TUHAN, penguasa tertinggi selama-lamanya.

10. Kami tahu bahawa musuh-Mu akan dimusnahkan,dan semua orang jahat akan dikalahkan.

11. Engkau telah menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar;Engkau telah memberkati aku dengan kebahagiaan.

Mazmur 92