Mazmur 92:4-14 Alkitab Berita Baik (BM)

4. dengan iringan alat muzik yang bertali,dan dengan iringan kecapi.

5. Perbuatan-Mu, ya TUHAN, menggembirakan aku;aku menyanyi dan bergirang kerana karya-Mu.

6. Ya TUHAN, sungguh besar perbuatan-Mu!Sungguh dalam fikiran-Mu!

7. Orang bodoh tidak dapat mengertinya,orang dungu tidak dapat memahaminya;

8. orang jahat mungkin tumbuh subur seperti rumput,dan orang yang melakukan kejahatan mungkin makmur;namun mereka akan dibinasakan sama sekali,

9. kerana Engkau, ya TUHAN, penguasa tertinggi selama-lamanya.

10. Kami tahu bahawa musuh-Mu akan dimusnahkan,dan semua orang jahat akan dikalahkan.

11. Engkau telah menjadikan aku sekuat lembu jantan yang liar;Engkau telah memberkati aku dengan kebahagiaan.

12. Aku telah melihat kekalahan musuhku,dan mendengar teriakan orang jahat yang menyerang aku.

13. Orang jujur akan menjadi makmur seperti pokok palma;mereka akan menjadi kuat seperti pokok sedar di Lebanon.

14. Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah TUHAN,seperti pokok yang tumbuh dengan subur di Rumah Allah kita,

Mazmur 92