1. Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.
2. Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN,menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi,
3. mengisytiharkan kasih-Mu pada setiap pagi,dan kesetiaan-Mu pada setiap malam,
4. dengan iringan alat muzik yang bertali,dan dengan iringan kecapi.
5. Perbuatan-Mu, ya TUHAN, menggembirakan aku;aku menyanyi dan bergirang kerana karya-Mu.