1. Doa Musa, hamba Allah.Ya Tuhan, Engkau tempat perlindungan kami,sampai selama-lamanya.
2. Sebelum Engkau menjadikan bukit-bukit,sebelum Engkau menciptakan dunia,Engkaulah Allah yang kekal,Allah selama-lamanya.
3. Engkau menyuruh manusia kembali kepada asal mereka,Engkau menjadikan mereka debu semula.
4. Seribu tahun seperti sehari bagi-Mu;seperti hari kelmarin yang telah lalu,seperti satu giliran jaga pada waktu malam.
5. Engkau mengakhiri hidup kami,hidup kami seperti mimpi.Kami umpama rumput yang bertunas pada waktu pagi,
6. yang tumbuh dan berbunga,tetapi layu dan mati pada waktu petang.
7. Kami binasa kerana kemurkaan-Mu;kami takut kerana kemarahan-Mu.
8. Engkau membentangkan dosa kami di hadapan-Mu,dosa kami yang tersembunyi dilihat oleh-Mu.
9. Usia kami dikurangkan kerana kemurkaan-Mu;hidup kami berakhir seperti satu hembusan nafas.