Mazmur 9:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu Mut-Laben. Mazmur Daud.

2. Aku akan memuji Engkau dengan segenap hatiku, TUHAN,dan menceritakan segala keajaiban yang telah Engkau lakukan.

3. Aku akan menyanyi dengan riang kerana Engkau,dan menyanyikan pujian kepada-Mu, Yang Maha Tinggi.

4. Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik;mereka jatuh tersandung lalu mati.

5. Engkau memerintah sebagai hakim yang adil,dan Engkau telah membela perkaraku.

6. Engkau telah menghukum bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu,dan membinasakan orang jahat;mereka tidak akan dikenang lagi.

7. Musuh kami lenyap selama-lamanya;Engkau telah memusnahkan kota-kota mereka,dan mereka dilupakan sama sekali.

8. Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya;Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia.

9. Dia memerintah dunia dengan adil,dan menghakimi rakyat dengan saksama.

Mazmur 9