45. Engkau mengakhiri kuasanya yang gemilang,dan mencampakkan takhtanya ke tanah.
46. Engkau menjadikan raja tua sebelum masanya,dan Engkau mempermalukan baginda.
47. Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau bersembunyi?Sampai bilakah kemurkaan-Mu berkobar seperti api?
48. Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia;ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.
49. Siapakah yang boleh hidup dan tidak pernah mati?Bagaimanakah orang dapat mengelakkan kubur?
50. Ya Tuhan, di manakah bukti tentang kasih-Mu dahulu?Di manakah janji-janji-Mu kepada Daud?
51. Janganlah lupa bagaimana aku, hamba-Mu, telah dicela;bagaimana aku menanggung kutukan bangsa-bangsa.
52. Musuh-Mu mencela raja pilihan-Mu, ya TUHAN!Mereka menghina raja ke mana sahaja baginda pergi.
53. Pujilah TUHAN selama-lamanya!Amin! Amin!