Mazmur 89:36-48 Alkitab Berita Baik (BM)

36. Aku berjanji sekali sahaja untuk selama-lamanya dengan nama-Ku yang suci;Aku tidak akan berdusta kepada Daud.

37. Dia akan sentiasa mempunyai keturunan,dan Aku akan memelihara kerajaannya selama matahari ada.

38. Kerajaannya akan tetap ada seperti bulan,saksi yang setia di langit.”

39. Tetapi Engkau murka terhadap raja pilihan-Mu;Engkau telah meninggalkan dan menolak baginda.

40. Engkau telah membatalkan perjanjian-Mu dengan hamba-Mu,dan membuang mahkotanya ke dalam lumpur.

41. Engkau telah merobohkan tembok-tembok kotanya,dan membiarkan kubu-kubunya rosak.

42. Semua orang yang lalu di sana mencuri hartanya;semua jirannya memperolok-olokkan baginda.

43. Engkau memberikan kemenangan kepada musuhnya,dan menyebabkan mereka semua gembira.

44. Engkau membuat senjatanya tidak berguna,dan membiarkan baginda kalah dalam perang.

45. Engkau mengakhiri kuasanya yang gemilang,dan mencampakkan takhtanya ke tanah.

46. Engkau menjadikan raja tua sebelum masanya,dan Engkau mempermalukan baginda.

47. Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau bersembunyi?Sampai bilakah kemurkaan-Mu berkobar seperti api?

48. Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia;ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.

Mazmur 89