3. Aku tahu bahawa kasih-Mu kekal,dan kesetiaan-Mu kukuh seperti langit.
4. Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang pilihan-Ku;Aku telah berjanji kepada Daud, hamba-Ku:
5. ‘Aku akan mempertahankan takhtamu selama-lamanya,seorang keturunanmu akan sentiasa menjadi raja.’ ”
6. Semua makhluk syurga memuji perbuatan-Mu yang ajaib,dan menyanyikan kesetiaan-Mu, ya TUHAN.
7. Tiada sesiapa di langit yang seperti Engkau, ya TUHAN;tiada makhluk syurga yang setanding dengan Engkau.
8. Engkau dihormati di sidang makhluk suci,dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu.
9. Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, tiada yang berkuasa seperti Engkau;Engkau setia dalam segala hal, ya TUHAN.
10. Engkau memerintah laut yang bergelora,Engkau menenangkan ombak yang melambung hebat.
11. Engkau meremukkan dan membunuh Rahab, makhluk raksasa itu,dan Engkau mengalahkan musuh-Mu dengan kekuatan-Mu.
12. Bumi dan langit milik-Mu,dunia dan segala isinya ciptaan-Mu;
13. Engkau mencipta utara dan selatan;Gunung Tabor dan Gunung Hermon bersorak-sorai memuji-Mu.
14. Betapa besarnya kuasa-Mu,dan betapa hebatnya kekuatan-Mu!
15. Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan;kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu.