22. Kekuatan-Ku sentiasa bersama-sama dia,kuasa-Ku akan menguatkan dia.
23. Musuh-musuhnya tidak akan dapat menewaskan dia,orang jahat tidak akan dapat mengalahkan dia.
24. Aku akan menghancurkan lawannya,dan membunuh semua yang membenci dia.
25. Aku akan sentiasa mengasihi dia dan setia kepadanya;Aku akan selalu memberikan kejayaan kepadanya.
26. Aku akan meluaskan kerajaannyadari Laut Tengah sampai ke Sungai Efrat.
27. Dia akan berkata kepada-Ku,‘Engkaulah Bapaku dan Allahku;Engkaulah pelindung dan penyelamatku.’
28. Aku akan menjadikan dia putera-Ku yang sulung,dan menjadikan dia raja yang teragung di bumi.
29. Aku akan tetap mengasihinya,dan perjanjian-Ku dengan dia akan kekal selama-lamanya.
30. Seorang keturunannya akan bertakhta,dan kerajaannya akan kukuh seperti langit.
31. Tetapi jika keturunannya melanggar hukum-Ku,dan tidak hidup menurut peraturan-Ku;
32. jika mereka mensia-siakan arahan-Ku,dan mengabaikan perintah-Ku,
33. Aku akan menghukum mereka kerana dosa mereka,dan menyebabkan mereka menderita kerana kesalahan mereka.
34. Tetapi Aku akan terus mengasihi Daud,Aku akan terus menunaikan janji-Ku kepadanya.
35. Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku dengan dia,ataupun menarik kembali sebarang janji yang Aku buat dengannya.
36. Aku berjanji sekali sahaja untuk selama-lamanya dengan nama-Ku yang suci;Aku tidak akan berdusta kepada Daud.
37. Dia akan sentiasa mempunyai keturunan,dan Aku akan memelihara kerajaannya selama matahari ada.