Mazmur 89:15-26 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan;kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu.

16. Berbahagialah orang yang menyembah Engkau dengan nyanyian,orang yang hidup dalam cahaya hadirat-Mu, TUHAN.

17. Sepanjang hari mereka bergembira,dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu.

18. Engkau memberi kami kemenangan yang besar;demi kebaikan-Mu, Engkau membuat kami berjaya.

19. Engkau, TUHAN memilih pelindung kami;Engkau, Allah Yang Maha Suci, Allah umat Israel memberi kami raja.

20. Dahulu kala dalam suatu penglihatan,Engkau berfirman kepada hamba-hamba-Mu yang setia,“Aku telah menolong seorang pahlawan;Aku telah memberikan takhta kepada seorang yang Kupilih di kalangan rakyat.

21. Aku telah menemukan hamba-Ku, Daud dan menjadikannya raja,dan Aku menuangi dia dengan minyak upacara.

22. Kekuatan-Ku sentiasa bersama-sama dia,kuasa-Ku akan menguatkan dia.

23. Musuh-musuhnya tidak akan dapat menewaskan dia,orang jahat tidak akan dapat mengalahkan dia.

24. Aku akan menghancurkan lawannya,dan membunuh semua yang membenci dia.

25. Aku akan sentiasa mengasihi dia dan setia kepadanya;Aku akan selalu memberikan kejayaan kepadanya.

26. Aku akan meluaskan kerajaannyadari Laut Tengah sampai ke Sungai Efrat.

Mazmur 89