7. Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.
8. Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.
9. Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;
10. mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.
11. Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?
12. Adakah kasih-Mu disebut orang di dalam kubur,ataupun kesetiaan-Mu disebut di tempat kebinasaan?
13. Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?
14. Ya TUHAN, aku minta pertolongan-Mu;setiap pagi aku berdoa kepada-Mu.
15. Ya TUHAN, mengapakah Engkau menolak aku?Mengapakah Engkau menyembunyikan diri-Mu daripadaku?
16. Sejak kecil lagi aku menderita dan hampir mati;aku kehabisan tenaga menanggung hukuman-Mu.
17. Kemurkaan-Mu yang hebat menimpa aku,serangan-Mu yang dahsyat membinasakan aku.
18. Semuanya itu seperti banjir yang melanda aku sepanjang hari,dan mengepung aku dari segala arah.