1. Sebuah lagu. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat Leanot. Sajak Heman, orang Ezrahi.
2. Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkan aku,pada waktu siang aku berseru kepada-Mu,pada waktu malam aku datang ke hadapan-Mu.
3. Dengarkanlah doaku;dengarkanlah seruanku minta tolong.
4. Begitu banyak kesusahan menimpa aku;maut sudah di ambang pintu.
5. Aku seperti orang yang menemui maut;segala kekuatanku sudah hilang.
6. Aku ditinggalkan di tengah-tengah orang mati;aku umpama orang terbunuh yang terbaring di kubur,orang yang telah Engkau lupakan sama sekali,yang tidak dapat Engkau tolong lagi.
7. Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.
8. Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.
9. Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;
10. mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.