9. Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.
10. Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;hanya Engkaulah Allah.
11. Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,dan aku akan menurutnya dengan setia;ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.
12. Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku;aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya.
13. Betapa besarnya kasih-Mu untukku;Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.
14. Ya Allah, orang sombong datang melawan aku;sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku;mereka tidak mempedulikan Engkau.
15. Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang,sentiasa sabar, baik, dan setia.
16. Pandanglah aku dan kasihanilah aku;kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku,kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
17. Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku,maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu,ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.