Mazmur 86:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Doa Daud.Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku,kerana aku lemah dan tidak berdaya.

2. Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu;selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.

3. Engkaulah Allahku; kasihanilah aku;sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.

4. Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu,kerana aku menaikkan doa kepada-Mu.

5. Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang,Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.

6. Dengarlah doaku, ya TUHAN,dengarlah aku minta pertolongan.

7. Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mukerana Engkau mengabulkan doaku.

8. Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan,tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.

9. Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.

10. Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;hanya Engkaulah Allah.

Mazmur 86