1. Untuk pemimpin koir. Mazmur puak Korah.
2. Ya TUHAN, Engkau berbelas kasihan terhadap negeri-Mu;Engkau telah menjadikan Israel makmur semula.
3. Engkau telah mengampunkan dosa umat-Mudan memaafkan segala kesalahan mereka.
4. Engkau tidak murka lagi terhadap mereka,dan telah menahan kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.
5. Pulihkanlah kami, ya Allah penyelamat kami,jangan murka lagi kepada kami.
6. Adakah Engkau akan murka kepada kami selama-lamanya?Adakah kemurkaan-Mu tidak akan padam?
7. Kuatkanlah kami semula,lalu kami, umat-Mu akan memuji Engkau.
8. Tunjukkanlah bahawa Engkau tetap mengasihi kami,tolonglah dan selamatkanlah kami, ya TUHAN.
9. Aku mendengar apa yang difirmankan TUHAN Allah;Dia menjanjikan kesejahteraan kepada kita, umat-Nya,jika kita tidak kembali berbuat dosa.
10. Pasti Dia akan menyelamatkan orang yang menghormati Dia,supaya Allah yang agung tinggal di negeri kita.