15. Seperti api membakar hutan,dan nyala api menghanguskan bukit-bukit,
16. kejarlah mereka dengan badai-Mu,dan gerunkanlah mereka dengan ribut-Mu.
17. Permalukanlah mereka, ya TUHAN,supaya mereka mengakui kekuasaan-Mu.
18. Biarlah mereka dikalahkan dan ketakutan selama-lamanya;biarlah mereka mati dalam kehinaan!
19. Biarlah mereka tahu bahawa hanya Engkaulah TUHAN,Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!