Mazmur 81:9-17 Alkitab Berita Baik (BM)

9. Hai umat-Ku dengarlah amaran-Ku;Hai Israel, Aku sangat ingin kamu mendengar firman-Ku!

10. Jangan sembah tuhan lain.

11. Akulah TUHAN, Allah kamu,yang membawa kamu keluar dari Mesir.Bukalah mulut dan Aku akan memberi kamu makan.

12. Tetapi umat-Ku tidak mahu mendengar firman-Ku;Israel tidak mahu taat kepada-Ku.

13. Oleh itu Aku membiarkan mereka mengikut kedegilan mereka,dan berbuat sesuka hati mereka.

14. Sekiranya umat-Ku mendengar firman-Ku,sekiranya mereka taat kepada-Ku,

15. Aku akan mengalahkan musuh mereka dengan segera,dan menaklukkan semua lawan mereka.

16. Orang yang membenci Aku meromok ketakutan di hadapan-Ku;mereka akan dihukum selama-lamanya.

17. Tetapi kamu akan Kuberi makan gandum pilihan,dan Kukenyangkan dengan madu hutan.”

Mazmur 81