Mazmur 78:21-25 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;Dia menyerang umat-Nya dengan api,dan menjadi semakin murka terhadap mereka,

22. kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.

23. Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.

24. Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,dengan menurunkan manna untuk makanan mereka.

25. Demikianlah mereka makan makanan malaikat.Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.

Mazmur 78