Mazmur 77:3-11 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Pada masa kesusahan aku berdoa kepada Tuhan;sepanjang malam aku menadahkan tangan sambil berdoa,tetapi aku tidak terhibur.

4. Ketika aku teringat kepada Allah, aku mengeluh;apabila aku bermenung, hilanglah semangatku.

5. Allah membuat aku tidak dapat tidur;aku begitu khuatir sehingga tidak dapat bertutur.

6. Aku teringat akan masa dahulu,hari dan tahun yang sudah lalu.

7. Sepanjang malam aku berfikir dalam-dalam;bermenung dan bertanya dalam hati,

8. “Adakah Allah menolak kita selama-lamanya?Tidakkah Dia berkenan lagi kepada kita?

9. Tidakkah Dia mengasihi kita lagi?Tidakkah Dia memenuhi janji-Nya lagi?

10. Adakah Allah telah lupa mengasihani kita?Murkakah Dia, sehingga tidak berbelas kasihan lagi?”

11. Kemudian aku berkata, “Inilah yang paling menyakiti hatiku,bahawa Allah tidak berkuasa lagi.”

Mazmur 77