13. Dengan kekuatan yang hebat Engkau membelah lautdan meremukkan kepala makhluk-makhluk laut.
14. Engkau menghancurkan kepala-kepala Lewiatan,dan memberikan bangkainya kepada haiwan gurun sebagai makanan.
15. Engkau membuat mata air dan sungai mengalir;Engkau mengeringkan sungai-sungai yang besar.
16. Engkau mencipta siang dan malam;Engkau menentukan tempat matahari dan bulan;
17. Engkau menentukan batas-batas bumi;Engkau mencipta musim panas dan musim sejuk.
18. Tetapi ingatlah, ya TUHAN, bagaimana musuh-Mu mentertawakan Engkau;mereka tidak mengenal Engkau dan mereka menghina Engkau.
19. Jangan serahkan umat-Mu yang tidak berdaya kepada musuh yang kejam;jangan lupa akan umat-Mu yang dianiaya!
20. Ingatlah perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,kerana terdapat keganasan di segala tempat gelap di negeri ini.