1. Mazmur Asaf.Allah sungguh baik kepada umat Israel,kepada mereka yang berhati murni.
2. Tetapi hatiku bimbang,imanku hampir hilang,
3. kerana aku cemburu terhadap orang sombong,ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur.
4. Mereka tidak sakit;mereka kuat dan sihat.
5. Mereka tidak menanggung penderitaan,tidak ditimpa kesusahan seperti orang lain.
6. Oleh itu mereka bersikap sombong,dan selalu bertindak dengan ganas;
7. hati mereka penuh dengan kejahatan,dan fikiran mereka sibuk dengan rancangan kejam.
8. Mereka mentertawakan orang lain dan mengatakan yang jahat,mereka sombong dan merancang untuk menindas orang.
9. Mereka mengeji Allah yang di syurga,dan bercakap dengan sombong kepada manusia di bumi,
10. sehingga umat Allah pun mendengarkan merekadan yakin akan segala yang diucapkan mereka.
11. Mereka berkata, “Pasti Allah tidak tahu akan apa yang berlaku;Yang Maha Tinggi tidak akan mengetahui perbuatan kita.”
12. Begitulah keadaan orang jahat;hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah.
13. Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci,tiada gunanya aku menjauhi dosa.
14. Ya Allah, sepanjang hari aku menderita;setiap pagi aku diseksa.