2. Kerana Engkau adil, tolonglah aku dan bebaskanlah aku.Dengarlah aku dan selamatkanlah aku!
3. Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku,serta kubu yang kuat untuk melindungi aku;Engkaulah penaung dan pembelaku.
4. Ya Allahku, selamatkanlah aku daripada orang jahat,daripada kuasa manusia yang tidak adil dan kejam.
5. Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.
6. Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.Aku akan sentiasa memuji Engkau.
7. Kehidupanku menjadi teladan kepada banyak orang,kerana Engkau pembelaku yang kuat.
8. Sepanjang hari aku memuji-Mudan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.
9. Janganlah tolak aku sekarang kerana aku tua;janganlah tinggalkan aku sekarang kerana aku lemah.
10. Musuhku hendak membunuh aku;mereka berbincang dan bersekongkol menentang aku.
11. Mereka berkata, “Allah telah meninggalkan dia;marilah kita kejar dan tangkap dia,kerana tiada sesiapa akan menyelamatkan dia!”
12. Ya Allah, janganlah jauhi aku,ya Allahku, cepatlah tolong aku!
13. Biarlah mereka yang menyerang akudikalahkan serta dibinasakan!Biarlah mereka yang cuba mencelakakan akudipermalukan dan dihinakan!
14. Aku akan sentiasa berharap kepada-Mu,dan semakin memuji-Mu.
15. Aku akan mengisahkan kebaikan-Mu;sepanjang hari aku akan menceritakan penyelamatan daripada-Mu,walaupun hal ini melampaui pengertianku.
16. Aku akan memuji perbuatan-Mu yang perkasa, ya TUHAN Raja,aku akan mengisytiharkan kebaikan-Mu, kebaikan-Mu sahaja.
17. Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu.