Mazmur 71:15-24 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Aku akan mengisahkan kebaikan-Mu;sepanjang hari aku akan menceritakan penyelamatan daripada-Mu,walaupun hal ini melampaui pengertianku.

16. Aku akan memuji perbuatan-Mu yang perkasa, ya TUHAN Raja,aku akan mengisytiharkan kebaikan-Mu, kebaikan-Mu sahaja.

17. Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu.

18. Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban,jangan tinggalkan aku, ya Allah.Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mukepada semua keturunan yang akan datang.

19. Kebaikan-Mu, ya Allah, memuncak ke langit.Engkau telah melakukan perkara yang besar-besar;Engkau tiada bandingnya!

20. Engkau telah mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada diriku,tetapi Engkau akan memulihkan kekuatanku;Engkau akan menjauhkan aku dari kubur.

21. Engkau akan membuat aku lebih terhormat;Engkau akan menghiburkan aku semula.

22. Sesungguhnya aku akan memuji Engkau dengan kecapi;aku akan memuji kesetiaan-Mu, ya Allahku.Aku akan menyanyikan mazmur untuk-Mu dengan kecapi,ya Allah umat Israel,Allah Yang Suci.

23. Aku akan bersorak ketika memainkan kecapi;aku akan menyanyi dengan segenap jiwaku,kerana Engkau telah menyelamatkan aku.

24. Sepanjang hari aku akan mengisahkan kesetiaan-Mu,kerana mereka yang cuba mencelakakan akutelah dikalahkan dan dipermalukan.

Mazmur 71