1. Ya TUHAN, aku datang kepada-Mu untuk perlindungan;jangan biarkan aku dipermalukan.
2. Kerana Engkau adil, tolonglah aku dan bebaskanlah aku.Dengarlah aku dan selamatkanlah aku!
3. Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku,serta kubu yang kuat untuk melindungi aku;Engkaulah penaung dan pembelaku.
4. Ya Allahku, selamatkanlah aku daripada orang jahat,daripada kuasa manusia yang tidak adil dan kejam.
5. Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.
6. Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.Aku akan sentiasa memuji Engkau.
7. Kehidupanku menjadi teladan kepada banyak orang,kerana Engkau pembelaku yang kuat.
8. Sepanjang hari aku memuji-Mudan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.
9. Janganlah tolak aku sekarang kerana aku tua;janganlah tinggalkan aku sekarang kerana aku lemah.
10. Musuhku hendak membunuh aku;mereka berbincang dan bersekongkol menentang aku.