16. Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,ataupun terbenam di dalam kubur.
17. Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!
18. Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!
19. Marilah dan selamatkanlah aku;bebaskanlah aku daripada musuhku.
20. Engkau tahu bagaimana aku dikeji,bagaimana aku dipermalukan dan dihina;Engkau nampak semua musuhku.
21. Kekejian telah mematahkan hatiku,aku menjadi putus asa.Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati;aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.
22. Ketika aku lapar, mereka memberi aku racun sebagai makanan;ketika aku dahaga, mereka memberi aku cuka sebagai minuman.
23. Biarlah jamuan mereka memerangkap mereka;biarlah perayaan mereka menjerat mereka.
24. Biarlah mata mereka buta;biarlah tulang belakang mereka lemah.
25. Biarlah kemurkaan-Mu menimpa mereka;biarlah berang-Mu menangkap mereka.
26. Biarlah perkhemahan mereka terlantar;biarlah semua penghuninya binasa.
27. Mereka menganiaya orang yang telah Engkau hukum;mereka menambahkan penderitaan orang yang Engkau lukakan.