Mazmur 68:3-15 Alkitab Berita Baik (BM)

3. Allah mengusir mereka seperti angin meniup asap;orang jahat binasa di hadirat Allah seperti lilin mencair di dalam api.

4. Tetapi umat Allah bergirang dan bersukacita di hadirat-Nya;mereka bersorak-sorak dengan gembira.

5. Nyanyilah kepada Allah, pujilah nama-Nya;sediakanlah jalan bagi Dia yang mengendarai awan.Namanya TUHAN - bergiranglah di hadirat-Nya!

6. Allah yang tinggal di tempat kediaman-Nya yang suci,memelihara anak yatim dan melindungi balu.

7. Dia memberikan keluarga kepada yang tidak ada saudara-mara,dan membebaskan orang tawanan sehingga mereka bahagia;tetapi pemberontak akan tinggal di tanah gersang.

8. Ya Allah, ketika Engkau memimpin umat-Mu,ketika Engkau menyeberangi gurun,

9. bumi bergoncang dan langit mencurahkan hujan,kerana kedatangan-Mu, Allah yang berfirman di Sinai,kedatangan Allah umat Israel.

10. Engkau menurunkan hujan yang lebat,serta memulihkan tanah yang gersang,

11. lalu umat-Mu tinggal di sana;demi kebaikan-Mu, Engkau memelihara orang papa.

12. Tuhan memberikan perintah-Nya,lalu banyak wanita membawa berita:

13. “Raja-raja dan tentera mereka sudah lari!”Kaum wanita di rumah membahagikan barang rampasan,dan yang tinggal menjaga domba pada masa perang

14. mendapat patung burung merpati yang diliputi perak,yang sayapnya disaluti emas berkilauan.

15. Allah Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja di sanaseperti salji turun di Gunung Zalmon.

Mazmur 68