20. Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita;setiap hari Dia menanggung beban kita.
21. Allah kita TUHAN yang menyelamatkan;Dialah yang membebaskan kita daripada kematian.
22. Allah tentu akan meremukkan kepala musuh-Nya,mereka yang terus hidup dalam dosa.
23. Tuhan berfirman, “Aku akan membawa musuh kamu kembali dari Basan,Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,
24. supaya kamu dapat mencuci kaki dalam darah mereka,dan anjing kamu menjilat darah itu dengan sepuas-puasnya.”
25. Perarakan kemenangan-Mu dilihat oleh semua orang, ya Allah,perarakan Allahku, Rajaku, masuk ke tempat kediaman-Nya.
26. Para penyanyi berjalan di hadapan, pemain muzik di belakang,dan gadis pemain tamburin di antara mereka.
27. “Pujilah Allah di tengah umat-Nya;pujilah TUHAN, hai semua keturunan Yakub!”
28. Benyamin, suku yang terkecil berjalan di hadapan,kemudian ketua-ketua Yehuda bersama dengan kumpulan mereka,diikuti oleh ketua-ketua Zebulon dan Naftali.
29. Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Allah,kuasa yang telah Engkau gunakan bagi kami.
30. Di Rumah-Mu, di Yerusalem,raja-raja mempersembahkan ufti kepada-Mu.
31. Tegurlah Mesir, binatang liar itu yang di tengah-tengah gelagah;tegurlah bangsa-bangsa, sekumpulan lembu jantan itu serta anak-anak mereka,sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.Cerai-beraikan mereka yang gemar berperang!
32. Duta-duta dari Mesir datang membawa gangsa;orang Etiopia bergegas membawa ufti kepada Allah.