13. “Raja-raja dan tentera mereka sudah lari!”Kaum wanita di rumah membahagikan barang rampasan,dan yang tinggal menjaga domba pada masa perang
14. mendapat patung burung merpati yang diliputi perak,yang sayapnya disaluti emas berkilauan.
15. Allah Yang Maha Kuasa mencerai-beraikan raja-raja di sanaseperti salji turun di Gunung Zalmon.
16. Betapa besarnya gunung Basan,gunung yang mempunyai banyak puncak!
17. Mengapakah dari puncakmu yang banyak itu,engkau memandang dengan cemburuterhadap Bukit Sion yang dipilih Allah untuk kediaman-Nya?TUHAN akan tinggal di sana selama-lamanya.
18. Dengan puluhan ribu kereta kuda-Nya yang besar,Tuhan datang dari Sinai ke tempat yang suci itu.
19. Dia naik ke tempat yang tinggi,membawa banyak orang tawanan bersama-sama-Nya,dan menerima ufti daripada pemberontak.TUHAN Allah akan tinggal di sana.
20. Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita;setiap hari Dia menanggung beban kita.
21. Allah kita TUHAN yang menyelamatkan;Dialah yang membebaskan kita daripada kematian.
22. Allah tentu akan meremukkan kepala musuh-Nya,mereka yang terus hidup dalam dosa.
23. Tuhan berfirman, “Aku akan membawa musuh kamu kembali dari Basan,Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,
24. supaya kamu dapat mencuci kaki dalam darah mereka,dan anjing kamu menjilat darah itu dengan sepuas-puasnya.”
25. Perarakan kemenangan-Mu dilihat oleh semua orang, ya Allah,perarakan Allahku, Rajaku, masuk ke tempat kediaman-Nya.
26. Para penyanyi berjalan di hadapan, pemain muzik di belakang,dan gadis pemain tamburin di antara mereka.
27. “Pujilah Allah di tengah umat-Nya;pujilah TUHAN, hai semua keturunan Yakub!”