Mazmur 67:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur. Lagu.

2. Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami;pandanglah kami dengan senang hati,

3. supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu,dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.

4. Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;semoga semua bangsa memuji Engkau!

5. Semoga bangsa-bangsa bergembiradan menyanyi dengan sukacita,kerana Engkau menghakimi orang dengan adildan membimbing setiap bangsa di bumi.

6. Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;semoga semua bangsa memuji Engkau!

7. Tanah telah mengeluarkan hasilnya;Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

Mazmur 67