1. Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Lagu.
2. Kami patut memuji Engkau di Sion, ya Allah,dan memenuhi janji kami kepada-Mu,
3. kerana Engkau mengabulkan doa.Semua orang akan datang kepada-Mu
4. kerana mereka berdosa.Dosa-dosa kami terlalu berat bagi kami,tetapi Engkau mengampunkan dosa kami.
5. Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih,mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu.Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu,berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.
6. Engkau menjawab seruan kami dengan memberi kami kemenangan;Engkau menyelamatkan kami dengan melakukan hal-hal yang menakjubkan.Engkau harapan orang di seluruh dunia,dan orang di seberang laut yang jauh.
7. Dengan kekuatan-Mu, Engkau menegakkan gunung pada tempatnya,untuk menunjukkan kuasa-Mu yang besar.