Mazmur 62:6-13 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Dengan tenang aku menantikan Allah;Dia sahaja yang memberi aku harapan.

7. Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

8. Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah;Dialah pelindungku yang kuat;Dialah tempat perlindunganku.

9. Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa.Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,kerana Dialah penaung kita.

10. Manusia hanya seperti hembusan nafas;besar atau kecil sama-sama tidak berharga.Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan,lebih ringan daripada sehembus nafas.

11. Jangan bergantung kepada hasil pemerasan;jangan harapkan keuntungan daripada rompakan;walaupan kekayaan kamu bertambah,jangan bergantung kepadanya.

12. Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirmanbahawa kuasa berasal daripada-Nya,

13. dan bahawa kasih-Nya kekal.Engkau, ya Tuhan, membalas semua orang menurut perbuatan mereka.

Mazmur 62