Mazmur 62:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Menurut: Yedutun. Mazmur Daud.

2. Dengan tenang aku menantikan Allah;Dia sahaja yang menyelamatkan aku.

3. Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

4. Sampai bilakah kamu semua akan menyerang seorangyang lemah seperti pagar yang hampir roboh,dan seperti dinding yang miring?

5. Kamu hanya ingin menjatuhkan dia dari tempat kehormatannya;kamu suka berdusta.Dengan mulut, kamu memberkati,tetapi kamu mengutuk dalam hati.

6. Dengan tenang aku menantikan Allah;Dia sahaja yang memberi aku harapan.

7. Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku;Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.

8. Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah;Dialah pelindungku yang kuat;Dialah tempat perlindunganku.

9. Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa.Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya,kerana Dialah penaung kita.

10. Manusia hanya seperti hembusan nafas;besar atau kecil sama-sama tidak berharga.Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan,lebih ringan daripada sehembus nafas.

Mazmur 62