Mazmur 61:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2. Dengarlah seruanku, ya Allah,dengarlah doaku!

3. Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu,kerana aku putus asa.Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,

4. kerana Engkaulah pelindungku,pertahanan yang kuat terhadap musuhku.

5. Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku;supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu.

6. Ya Allah, Engkau telah mendengar janjiku,dan memberikan pusaka orang yang menghormati Engkau kepadaku.

7. Lanjutkanlah usia raja,semoga kerajaannya berlanjutan turun-temurun.

8. Semoga raja memerintah selama-lamanya di hadirat-Mu;ya Allah, lindungilah raja dengan kesetiaan dan kasih-Mu.

9. Maka aku akan selalu menyanyikan pujian kepada-Mu,dan setiap hari aku akan menepati janjiku.

Mazmur 61