Mazmur 61:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2. Dengarlah seruanku, ya Allah,dengarlah doaku!

3. Dari negeri yang jauh aku berseru kepada-Mu,kerana aku putus asa.Bawalah aku ke tempat perlindungan yang selamat,

4. kerana Engkaulah pelindungku,pertahanan yang kuat terhadap musuhku.

5. Izinkanlah aku tinggal di khemah-Mu sepanjang hidupku;supaya aku selamat di bawah naungan sayap-Mu.

Mazmur 61