Mazmur 60:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Bunga Bakung Kesaksian. Mazmur Raja Daud,

2. ketika baginda memerangi orang Aram-Mesopotamia dan orang Aram-Zoba, dan ketika Yoab pulang dan membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Masin.

3. Ya Allah, Engkau telah menolak kami dan mengalahkan kami;Engkau murka terhadap kami, tetapi kini kembalilah kepada kami!

4. Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah;perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.

5. Engkau telah menyebabkan umat-Mu mengalami penderitaan berat,sehingga kami terhuyung-hayang seperti orang mabuk.

6. Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau,supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.

7. Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami,supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.

8. Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman,“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.

9. Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku,Efraim topi besi-Ku,dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.

10. Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku;kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku,sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku.Adakah orang Filistin berfikir bahawamereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?”

11. Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?Siapakah yang akan membawa aku ke Edom?

Mazmur 60