Mazmur 55:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud.

2. Ya Allah, dengarlah doaku;jangan berpaling daripada rayuanku.

3. Dengarlah aku dan jawablah aku;aku lemah kerana kerunsinganku.

4. Aku cemas kerana ancaman musuhku,dan remuk kerana orang jahat menindas aku.Mereka menyusahkan aku;mereka marah kepadaku dan membenci aku.

5. Aku sangat ketakutan,ngeri akan dahsyatnya kematian.

6. Aku diliputi ketakutan dan kegentaran,dan dicengkam oleh perasaan seram.

7. Sekiranya aku bersayap seperti burung merpati,aku akan terbang mencari tempat yang tenang.

8. Aku akan terbang jauh sekali;padang gurun akan kudiami.

9. Aku akan bergegas mencari tempat berlindungterhadap ribut dan angin kencang.

10. Kelirukanlah percakapan musuhku, ya Tuhan,kerana di kota aku nampak orang merusuh dan melakukan keganasan.

11. Siang malam mereka mengelilingi kota,melakukan kekacauan dan jenayah.

Mazmur 55